Motosikal Elektrik Ini Cuba Menyelesaikan Masalah Kanak-Kanak Merempit

TechnologyDigital
8 Feb 2021 • 9:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun sekarang sekolah dijalankan sepenuhnya secara atas talian, kami masih dapat melihat kanak-kanak bermain-main di luar dan merayau menggunakan motosikal milik ibu bapa. Mungkin kerana tiadanya penjaga, mereka ponteng kelas dengan sesuka hati. Masalah anak-anak menggunakan motosikal ini bukanlah isu baharu dan mungkin memerlukan campur tangan teknologi.

image is not available

Volcon Runt ialah motosikal elektrik yang direka khusus untuk penunggang bawah umur. Ia dilengkapi teknologi geo-pagar yang boleh mengehadkan sejauh mana ia boleh berfungsi dari sesuatu lokasi. Secara teorinya pemilik Volcon Runt boleh mengehadkan jarak perjalanan motosikal, menghalang ia dari digunakan di atas jalan raya serta mengehadkan kelajuan maksimum.

Walaupun direka untuk kegunaan kanak-kanak, Volcon Runt masih mampu bergerak dengan kelajuan sekitar 60 km/j dan jarak operasi maksimum pula sekitar 60 km dengan sekali caj. Ia dijual pada harga $2995 (~RM12,000) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved