“Aku ulang 10 kali tengok video ni” – Netizen Terhibur Tengok Tony & Geng Bos AirAsia Buat Challenge Menari di TikTok

12 Feb 2021 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Aku ulang 10 kali tengok video ni” – Netizen Terhibur Tengok Tony & Geng Bos AirAsia Buat Challenge Menari di TikTok appeared first on Lobak Merah.

Pengguna TikTok memang selalunya tak akan lepaskan peluang untuk ikuti trend terbaru aplikasi tu, kan? Ada juga yang kata TikTok ni adalah sisi lain untuk seseorang tu tunjuk ‘perangai’ mereka.

Macam baru-baru ni, ramai netizen tak sangka rupanya bos besar AirAsia, Tony Fernandes memang sporting. Video yang dimuat naik oleh Tony sendiri di akaun TikTok miliknya mendapat perhatian netizen dan sehingga kini ia telah ditonton lebih 600,000 kali.

image is not available

Melalui video itu, Tony dilihat menari bersama bos-bos besar AirAsia yang lain antaranya adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun. Mereka semua ‘bergoyang’ dan tidak ketinggalan mengikuti trend ‘Ting-Ting Challenge’.

Bukan saja dipuji ‘sporting’ tapi bos bos ini juga mendapat pujian kerana pemakaian mereka yang sempoi. Seperti Tony, dia hanya menggayakan T-shirt berwarna putih begitu juga Datuk Kamarudin yang memakai T-shirt berserta topi.

@tonyfernandesairasia

Getting better on Tiktok. Cmon guys we’re almost on 50k! Keep the #positivevibesonly #LotusViviDance #ChineseFood

♬ original sound – Tony Fernandes – Tony Fernandes

 

Ramai netizen berkata mereka terhibur melihat video itu dan tak sangka AirAsia ada bos bos yang sempoi dan sporting macam ni. Tapi, ada juga segelintir netizen yang sempat memberi komen bertanyakan tentang status claim tiket penerbangan yang dibatalkan disebabkan Covid-19 ini.

image is not available

image is not available

 

Baca: “Ceria betul!”- Netizen Terhibur Tengok Pesakit Covid-19 & Frontliner Berzumba

image is not available

The post “Aku ulang 10 kali tengok video ni” – Netizen Terhibur Tengok Tony & Geng Bos AirAsia Buat Challenge Menari di TikTok appeared first on Lobak Merah.