Imej Pengolokan Huawei Mate X2 Tertiris Ke Arena Web

TechnologyDigital
4 Feb 2021 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei sedia memaklumkan bahawa peranti boleh-lipat baharu keluarannya bakal dikenali sebagai Huawei Mate X2. Seterusnya, peranti pintar ni akan diperkenalkan secara rasmi pada 22 Februari 2021. Menjelang pelancaran rasmi, perincian rekaan pada peranti diperlihatkan dalam imej pengolokan terkini yang tular.

image is not available

Imej berkenaan dikongsi oleh Digital Chat Station yang mana sedikit sebanyak memberi kita gambaran lebih dekat mengenai rekaan pada peranti. Huawei Mate X2 dijangka mempunyai saiz paparan yang besar. Selain itu, ia juga dipercayai bakal menjadi peranti boleh-lipat yang nipis dan ringan.

Imej dikongsi memperlihatkan peranti ini mempunyai sokongan dwi-kamera swafoto pada skrin sekunder bahagian luar. Sumber mengatakan, salah satu daripada sensort tersebut bersaiz 16-Megapixel. Kemudian, skrin utamanya pula dilengkapi rekaan paparan penuh tanpa sebarang takuk atau lubang untuk perletakan kamera. Ini bermakna Huawei Mate X2 dilengkapi dua panel yang berbeza.

image is not available

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan bahawa Huawei Mate X2 mungkin dibekalkan sistem kuad-kamera utama dengan sensor 50-Megapixel + 16-Megapixel + 12-Megapixel + 8-Megapixel. Tidak ketinggalan, ia juga dikhabarkan hadir dengan bateri 4,400mAh. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika acara pelancaran rasmi kelak.