Program vaksin Selangor, pekerja asing antara terawal dapat suntikan

23 Feb 2021 • 4:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 FEB: Pekerja asing di negeri ini antara kumpulan terawal yang bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 yang dibeli Kerajaan Selangor.

EXCO kesihatan awam berkata langkah itu berikutan golongan tersebut dalam kumpulan berisiko tinggi yang turut menyumbang peningkatan kes di tempat kerja.

“Selangor ada lebih 500,000 pekerja asing, jika dibiarkan kita bimbang kes makin meningkat. Oleh itu, majikan perlu beli vaksin dari Kerajaan Negeri dan beri kepada pekerja,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau yang ditemui selepas mengagihkan kit pembasmi Covid-19 di sini menyasar hampir 70 peratus dari 6.7 juta penduduk negeri ini bakal menerima suntikan.

Semalam, Kerajaan Negeri menjangka pembelian antara dua hingga lima juta dos vaksin Covid-19 bakal diperoleh sekitar Mei atau Jun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu demi memenuhi keperluan warga tempatan dan pekerja asing selain mengurangkan beban kerajaan persekutuan.

The post Program vaksin Selangor, pekerja asing antara terawal dapat suntikan appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved