Mubi Boleh Ditonton Percuma Hari Ini Sempena Ulang Tahun Ke-14

TechnologyDigital
14 Feb 2021 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mubi mula ditawarkan kepada pengguna di Malaysia sejak 2019. Ia adalah platform yang menyasarkan penggemar filem indie dan arthouse dengan penawaran untuk tempoh yang lebih pendek berbanding platform lain. Hari ini anda boleh menstrim Mubi secara percuma sempena ulang tahunnya yang ke-14.

image is not available

Anda hanya perlu log masuk menggunakan emel atau akaun Facebook. Walaupun percuma, penawaran katalog adalah secara menyeluruh. Bagi penggemar layar perak tempatan, terdapat pilihan filem Jins Shamsudin seperti Trilogi Esok (Esok Masih Ada, Menanti Hari Esok dan Tiada Esok Bagimu) dan filem klasik moden seperti Jagat, Songlap dan Bunohan.

Tonton Mubi secara percuma menerusi pautan ini

Dapatkan akses percuma Mubi selama 30 hari percuma khusus untuk pembaca Amanz