Sony Menjual Lebih Banyak PS5 Berbanding Telefon Pintar Sepanjang 2020

TechnologyDigital
8 Feb 2021 • 1:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony bukan lagi pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Tahun lalu mereka hanya mengeluar tiga telefon pintar iaitu Xperia 1 II, Xperia 5 II dan Xperia 10 II. Mereka telah menerbitkan laporan kewangan untuk suku keempat 2020 dan nampanya sepanjang tahun lalu lebih banyak PlayStation 5 dijual berbanding telefon pintar Xperia.

image is not available

Sepanjang 2020, sebanyak 2.8 juga telefon pintar dikeluarkan oleh Sony. Sebagai perbandingan sejak dikeluarkan pada November 2020, lebih dari 4.5 juta PlayStation 5 telah berjaya dikeluarkan. Pada suku tahun 2020, sebanyak 1 juta peranti dikeluarkan. Ini adalah penurunan 23% berbanding suku yang sama 2019.

Walaupun pengeluaran berkurangan, pendapatan perniagaan telefon pintar Sony hanya kurang 2% berbanding 2019. Jelas menunjukkan strategi mengurangkan produk dan menjualnya pada harga lebih premium berjaya mengembalikannya ke arah keuntungan selepas bertahun mencatatkan kerugian.