Posting Ibu Mentua ‘Sebijik’ Dengan Pelamin Dalam Gambar Eleena Sui, Hannah Delisha Didakwa Nikah Tahun Lepas?

Entertainment
10 Mar 2021 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Posting Ibu Mentua ‘Sebijik’ Dengan Pelamin Dalam Gambar Eleena Sui, Hannah Delisha Didakwa Nikah Tahun Lepas? appeared first on Lobak Merah.

Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang puisi ibu pelakon Hannah Delisha yang seolah-olah memberi bayangan pernikahannya bersama suami, Imam Shah tidak direstui.

Posting itu disertakan dengan hashtag #ibutidakrestu dan pada entri itu, ibu kandung Hannah, Noor Ashikin seperti menyampaikan kepada umum bahawa pernikahan tersebut diadakan secara rahsia.

View this post on Instagram

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Kemudian ibu mentua Hannah, Mariana Yati pula memuat naik posting di Instagram mendoakan agar perkahwinan Hannah dengan anak lelakinya itu kekal hingga syurga..

Mariani turut berpesan dan menasihati agar pasangan tersebut kekal bersabar dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan turut memuat naik gambar dengan caption ‘Syurga-Mu merestuimu, anakku’.

View this post on Instagram

A post shared by Mariana Yati (@mariana_yati)

 

Gambar pelamin sama? Tarikh entri tahun lepas?

Melalui posting tersebut, Mariana memuat naik beberapa gambar sekitar majlis pernikahan tersebut dan turut kelihatan adalah Eleena Sui bersama pasangan pengantin.

image is not available

Menurut mStar, kini perkahwinan Hannah menjadi tanda tanya selepas Eleena Sui didapati turut memuat naik gambar dalam persalinan yang sama pada 19 Februari 2020. Lebih memeranjatkan, Eleena dilihat duduk di kerusi pelamin yang mirip seperti majlis pernikahan Hannah.

image is not available

Malah, melalui gambar itu juga Eleena dilihat berbadan langsing berbanding dengan keadaannya terbarunya sejak awal Februari lepas yang sedang sarat hamil anak pertama (Hannah muat naik gambar nikah pada 18 Februari 2021).

Jadi, kini timbul tanda tanya sama ada pasangan itu sudah bernikah pada tahun lepas namun memilih untuk merahsiakan kepada umum.

View this post on Instagram

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Bagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial tetap mendoakan pasangan tersebut kerana sudah menghalalkan hubungan tidak kira bila tarikh sebenar ia berlangsung.

Baca: “Doaku takkan putus menjadi penghalang segala musibah” – Ibu Mentua Hannah Delisha Minta Anak & Menantu Sabar Hadapi Ujian

image is not available

Instagram

The post Posting Ibu Mentua ‘Sebijik’ Dengan Pelamin Dalam Gambar Eleena Sui, Hannah Delisha Didakwa Nikah Tahun Lepas? appeared first on Lobak Merah.