Lebih 7,000 individu buat ujian percuma, 172 dikesan positif

24 Mar 2021 • 5:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 7,401 individu menyertai program saringan bersasar percuma antara 5 Februari hingga 21 Mac lalu.

Pengurus Klinik Selcare Mohd Noor Md Nasir berkata seramai 172 individu daripada jumlah berkenaan dikesan positif Covid-19.

Jelasnya, program itu menyasar penduduk di kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

“Saringan bersasar membolehkan kita mengesan lebih awal kes positif dalam kalangan komuniti sekali gus mengelak perebakan,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 di seluruh Selangor untuk membendung wabak.

Program menyasar penglibatan 50,000 penduduk menumpukan kawasan berisiko yang jumlah kes positif berpotensi melonjak termasuk rumah penjagaan warga emas.

 

The post Lebih 7,000 individu buat ujian percuma, 172 dikesan positif appeared first on Selangorkini.