Tambah baik dasar hak milik tanah, lebih adil untuk rakyat

20 Mar 2021 • 6:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

RAWANG, 20 MAC: Kerajaan Negeri akan menambah baik dasar hak milik tanah diperkenalkan pada 2008 bagi membolehkan pemberiannya lebih saksama kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata dasar baharu itu dijangka akan diumumkan menjelang Belanjawan Selangor 2022 atau sebelum akhir tahun.

“Melaluinya kita mahu pastikan rakyat memperoleh tanah namun ia perlu melalui proses kajian dan langkah sewajarnya. Oleh sebab itu Kerajaan Negeri akan lihat semula dengan menyemak data diperolehi.

“Dengan ini ia dapat mengesan jumlah pemilikan tanah oleh individu, niatnya bukan hendak menghalang mereka tetapi pastikan rakyat memerlukan juga mendapat hak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Jesteru beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri mahu lihat aspek tertentu, kelemahan dan sebagainya. Apa yang kita boleh baiki dan harap dengan kaedah ini dapat membantu penduduk,” katanya.

The post Tambah baik dasar hak milik tanah, lebih adil untuk rakyat appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved