BUKIT BERUNTUNG, 11 MAC: Program Back To School anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) melibatkan 2,000 penerima dari 34 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Yang dipertuanya berkata acara dengan perbelanjaan RM170,000 sempena pembukaan sekolah berupa pemberian wang tunai serta bayaran yuran persekolahan.
“Mengikut perancangan kita mahu membiayai yuran persekolahan semua penerima namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, persekolahan terganggu.
“Jadi ahli Pekawanis diberi pilihan sama ada mahu membayar yuran atau menghulurkan wang tunai. Duit itu dapat digunakan membeli barangan sekolah,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad semalam.
Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan makanan asas, barangan kebersihan serta pakaian dalam wanita kepada Rumah Sinar Kasih (Pengasih Selangor).
Sementara itu Masdiana berkata bantuan sempena Tahun Baharu Cina berjumlah RM140,000 juga sudah selesai diagihkan.
“Ia berupa sumbangan wang tunai kepada penerima dari 35 DUN untuk menampung keperluan mereka,” katanya.
The post Back To School anjuran Pekawanis beri manfaat 2,000 penerima appeared first on Selangorkini.

