Prototaip Kamera Leica Yang Dibangunkan Jony Ive Dan Marc Newson Akan Dilelong Pada Bulan Jun

TechnologyDigital
30 Mar 2021 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun 2013, Jony Ive, pereka terkenal yang pada waktu tersebut bekerja di Apple dan Marc Newson, pereka industrial yang terkenal untuk pelbagai jenis rekaan perabot, barangan dan ruangan dalaman telah membangunkan sebuah kamera dengan kerjasama Leica yang dinamakan Leica M For (RED).

image is not available

Kamera tersebut adalah satu-satunya unit yang dibina, dan ia telah dilelong pada harga $1.8 juta (~RM7.6 juta) pada tahun yang sama di acara lelongan amal.

image is not available

Terkini, Leitz Photographica Auction House mengumumkan bahawa mereka akan melelongkan prototaip kamera tersebut pada bulan Jun kelak. Ia dijangka bahawa prototaip tersebut akan dilelong pada harga permulaan $50,000 dan dijangka akan meningkat ke sekitar $200,000.

image is not available

Kamera ini, yang hadir dengan rekaan minimalis Jony Ive, sedikit berbeza dengan rekaan akhir Leica M For (RED) dimana ia mempunyai kemasan berkilat seakan cermin di bahagian hadapannya. Kamera ini juga hadir dengan lensa Apo-Summicron 2/50 mm ASPH.

image is not available

Oleh kerana ini adalah sebuah prototaip kamera, ia tidak diketahui lagi jika kamera ini boleh berfungsi seperti kamera biasa. Tetapi oleh kerana ia hadir dengan lensa yang berfungsi, terdapat jangkaan bahawa ia boleh digunakan, walaupun kebarangkaliannya tinggi bahawa ia akan disimpan dalam peti selepas lelongan tamat.