Polis nafi saman pemandu pakai cermin mata hitam

18 Mar 2021 • 1:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan polis mengeluarkan saman kepada individu yang memakai cermin mata hitam ketika memandu.

Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata hitam atau gelap merupakan satu kesalahan seperti yang didakwa dalam satu rakaman audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

“Antara kandungan mesej dalam audio yang tular berkenaan berbunyi ‘info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap atau Ray-Ban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, polis akan mengenakan saman sebanyak RM500 dan tiada kompaun’.

“Perakam suara ini turut menyatakan dirinya telah disaman atas kesalahan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej tersebut sebelum dimuat naik atau dikongsi dalam laman sosial.

– BERNAMA

The post Polis nafi saman pemandu pakai cermin mata hitam appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved