Nafi Lebihkan Golongan Atasan, Pihak Polis Dah Buka 12 Kertas Siasatan Kes VVIP Langgar SOP

31 Mar 2021 • 5:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Nafi Lebihkan Golongan Atasan, Pihak Polis Dah Buka 12 Kertas Siasatan Kes VVIP Langgar SOP appeared first on Lobak Merah.

Sejak kebelakangan ini, orang ramai makin banyak mengatakan yang pihak polis seperti memberikan layanan double standard  ke atas golongan atasan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan oleh MKN.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengatakan, semua laporan yang dibuat mengenai VVIP yang didakwa melanggar SOP telah pun disiasat atau masih dalam siasatan.

Malah katanya, sebanyak 12 kertas siasatan telah pun dibuka sejak PKP dilaksanakan yang melibatkan golongan VVIP, lapor The Star.

Beberapa VVIP telah pun dikompaun dan mereka telah pun membayar kompaun tersebut. Tiga dari kes ini tak diambil tindakan kerana siasatan mendapati mereka memang mematuhi SOP atau atas urusan kerja rasmi.”

image is not available

Malah, pihak polis juga masih menyiasat laporan mengenai Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri melawat Kem Sendayan, majlis perkahwinan anak Ahli Parlimen Jelebu di salah sebuah hotel di Seremban serta acara berbasikal yang dilancarkan oleh Datuk Zuraida.

Kami dah ambil kenyataan pengurus hotel mengenai perkahwinan tersebut dan akan buat siasatan lanjut.

Mengenai menteri melawat kem pula, walaupun ada laporan mengatakan yang ianya lawatan rasmi, kami tetap akan ambil kenyataan penganjur majlis.

Manakala untuk acara berbasikal, walaupun polis Brickfields mengatakan yang tiada pelanggaran SOP dibuat, kami akan ambil kenyataan sebelum menutup siasatan.

Komisioner Huzir turut berkata yang pihak polis akan mengambil tindakan yang sepatutnya sekiranya jelas ada pelanggaran SOP.

Kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tak mengimbas aplikasi MySejahtera selepas makan di sebuah restoran pula akan selesai tak lama lagi.

Kes tersebut masih disiasat oleh pegawai penyiasat kami dan kami telah pun melakukan apa yang sepatutnya dan kini menunggu laporan untuk mengesahkan yang beliau memang tak imbas MySejahtera sebelum memasuki restoran.”

 

Baca: “Tak ada pilih bulu” – Pihak Polis Jelaskan Kenapa Tak Terus Kompaun Tetamu Di Majlis Neelofa

image is not available

The Star

The post Nafi Lebihkan Golongan Atasan, Pihak Polis Dah Buka 12 Kertas Siasatan Kes VVIP Langgar SOP appeared first on Lobak Merah.