Operasi bazar Ramadan, solat terawih dan bazar Aidilfitri dibenarkan

16 Mar 2021 • 6:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 16 MAC: Operasi bazar Ramadan dan solat terawih berjemaah di masjid pada Ramadan ini dibenarkan dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) juga membenarkan aktiviti bazar Aidilfitri tertakluk pada SOP.

“Antara syarat operasi bazar ialah lokasi hendaklah terbuka, perlu daftar MySejahtera, kawalan jumlah pengunjung,” katanya dalam sidang media situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Operasi bazar Ramadan, solat terawih dan bazar Aidilfitri dibenarkan appeared first on Selangorkini.