Sultan berangkat ke majlis baca Yasin, buka puasa di Istana Alam Shah

18 Apr 2021 • 4:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 APRIL: DYMM Sultan Selangor Sultan berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke majlis yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

“Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Turut berangkat DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah,” katanya.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin juga berkenan berbuka puasa dengan para jemputan yang terdiri daripada Orang Besar Istana, Ahli Dewan Diraja Selangor, Orang Besar Daerah serta kerabat diraja Selangor.

“Baginda seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih secara berjemaah,” katanya.

The post Sultan berangkat ke majlis baca Yasin, buka puasa di Istana Alam Shah appeared first on Selangorkini.