Mod Penjimatan Data Google Meet Kini Boleh Digunakan – Terhad Kepada Akaun Usahawan Dan Pendidikan Terlebih Dahulu

TechnologyDigital
23 Apr 2021 • 2:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google baru sahaja mengumumkan beberapa fungsi dan ciri menarik baharu untuk Google Meet. Antaranya adalah sokongan auto zum, mod jimat data dan pengalaman penggunaan yang lebih ceria dan interaktif. Untuk mod penjimatan data, Google baru sahaja mengaktifkannya kepada pengguna untuk peranti mudah alih. Akan tetapi, ia masih terhad kepada pengguna usahawan dan pendidikan sahaja.

image is not available

Melalui mod ini, penggunaan data mudah alih pengguna akan dihadkan. Selain itu, mod ini turut dapat membantu mengurangkan penggunaan kuasa, secara tidak langsung bateri peranti bertahan lebih lama. Tambaha Google lagi, dengan data dan penggunaan kuasa yang kurang – banyak memori tidak digunakan akan dialihkan kepada penggunaan multi-tugasan.

Untuk mengaktifkan mod ini juga mudah. Buka aplikasi Google Meet, tekan menu tiga titik, pergi ke tetapan, aktifkan Limit data usage dan sertai atau mulakan sesi telesidang.