Imbas kembali, Twitter sedia hadir dengan penawaran fungsi ciapan seumpama Instagram Stories dan Snapchat yang dinamakan sebagai Fleets. Pengenalannya boleh dikatakan berjaya raih perhatian ramai penguna yang turut menggunakannya untuk berkongsi pelbagai kandungan menarik.

Dalam usaha untuk menjadikannya lebih menarik, Twitter kini membolehkan pengguna untuk menambah pelekat dan animasi GIF pada fungsi berkenaan. Untuk mengakses, anda hanya perlu klik pada ikon ‘smiley’ yang terdapat pada bahagian bawah selepas selesai mengambil kandungan yang perlu. Melaluinya, terdapat pelbagai koleksi pelekat, emoji dan GIF comel yang disediakan oleh Twitter. Fungsi ini sudah boleh digunakan untuk peranti Android serta iOS.
Your Fleets just got an upgrade.
Now you can express yourself in the conversation with stickers. Add GIFs and Twemojis to a Fleet by tapping the
icon, on Android and iOS. pic.twitter.com/Ihh9ZZh70a
Jika anda merupakan salah seorang pengguna yang kerap menggunakan fungsi pelekat di Instagram Stories. Sudah tentunya, anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan fungsi ini juga.

