“Tak boleh rentas, jangan rentas” – Komen Fazura Cetus Tanda Tanya, Untuk Siapa Tu?

Entertainment
3 Apr 2021 • 5:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Tak boleh rentas, jangan rentas” – Komen Fazura Cetus Tanda Tanya, Untuk Siapa Tu? appeared first on Lobak Merah.

Baru-baru ini, Fazura ada memberikan komen kepada peserta program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) berkenaan pematuhan kepada arahan kerajaan dan isu rentas negeri.

“Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh rentas jangan rentas,” ujar Fazura semasa memberikan komen.

Meskipun komen tersebut diberikan berdasarkan kumpulan peserta yang baru sahaja membuat persembahan, ramai yang beranggapan sebaliknya. Ada netizen mendakwa komen tersebut sebenarnya ditujukan kepada seseorang.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Meninjau di ruangan Twitter pula, banyak ciapan yang dimuat naik oleh netizen berkenaan isu ini. Rata-rata masih berteka-teki sama ada komen tersebut dilakukan secara umum atau ditujukan sebenarnya kepada seseorang.

Bagaimanapun, komen tersebut dilihat sebagai nasihat umum yang sering diberikan oleh kerajaan mahupun iklan-iklan berkenaan arahan kerajaan.

 

BACA“Lepas kahwin terus fikir kerja” Polis Sahkan Beri Kebenaran Neelofa & Suami Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

image is not available

The post “Tak boleh rentas, jangan rentas” – Komen Fazura Cetus Tanda Tanya, Untuk Siapa Tu? appeared first on Lobak Merah.