Aplikasi Passport Vaksin IATA Akan Diuji Dalam Penerbangan Di Antara Kuala Lumpur Dan Jeddah

TechnologyDigital
13 Apr 2021 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal bulan ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan melancarkan aplikasi yang memaparkan status vaksinasi dan ujian PCR Covid-19 pemegang. Virgin Atlantic menjadi syarikat penerbangan pertama yang akan memerlukan pengesahan menerusi aplikasi ini untuk setiap penumpang.

Menarik sekali, penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Jeddah pada 19 April ini turut akan dijadikan ujian penggunaan aplikasi yang sama. Syarikat Penerbangan Arab Saudi (SAUDIA) memerlukan penumpang melawat makmal khas bagi mendapatkan pengesahan negatif Covid-19 dalam ujian PCR. Keputusan kemudiannya akan dimuatkan ke dalam aplikasi IATA dan akan diperiksa pihak berkuasa di Jeddah setibanya di destinasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved