Instagram Akan Mulakan Ujian Membolehkan Pengguna Sembunyikan Angka “Like”

TechnologyDigital
15 Apr 2021 • 6:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini mengesahkan mereka akan memulakan ujian pada peringkat global, yang akan membolehkan pengguna menyembunyikan bilangan angka “Like” daripada perkongsian masing-masing.

Melalui pilihan yang akan diberikan kepada pengguna, pengguna boleh memilih sama ada:

  • Tidak melihat langsung angka Like daripada semua perkongsian pada aplikasi Instagram
  • Menutup paparan angka Like pada perkongsian mereka sendiri sahaja
  • Mengekalkan pengalaman seperti sedia ada

Instagram dilihat mengambil langkah ini dalam membuatkan pengguna lebih memfokuskan kepada gambar dan video yang dikongsikan, dan bukannya pada bilangan angka “Like” yang diterima.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved