Bagaimana mahu pasti kita minum 8 gelas sehari semasa Ramadan? Ini caranya

Health & Fitness
19 Apr 2021 • 10:50 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PASTINYA, rata-rata di antara kita mengetahui tentang saranan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air dalam sehari untuk memenuhi keperluan cecair badan.

Namun demikian, semasa berpuasa, keperluan minum mesti dipenuhi bagi mengelakkan dehidrasi.

Menurut laman web verywellfit.com, kekurangan cecair dalam badan semasa berpuasa akan menyebabkan tubuh menjadi lemah, bahkan mungkin tidak cukup kuat untuk meneruskan puasa.

image is not available

Jadi, bagaimana cara terbaik untuk menikmati lapan gelas air dalam bulan Ramadan seperti yang disyorkan oleh laman web, hellodoktor.com:

i) Corak 2-4-2

Caranya, bahagikannya kepada dua gelas ketika berbuka puasa, empat gelas selepas solat tarawih atau sebelum tidur dan dua gelas lagi ketika subuh.

image is not available

ii) Corak 3-2-3

Sekiranya anda merasa sukar dengan corak 2-4-2, boleh juga mencuba membahaginya menjadi corak 3-2-3 iaitu tiga gelas ketika berbuka puasa, dua gelas sebelum tidur dan tiga gelas pada waktu subuh.

image is not available

Apa-apapun, cara membahagikan jumlah gelas air yang dimakan semasa berpuasa sebenarnya bergantung pada selera individu masing-masing.

Perkara penting yang perlu diingatkan adalah memastikan kita memenuhi sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari semasa berpuasa.

Artikel berkiatan: Cegah dehidrasi, strok dengan minum air kosong secukupnya

Sama-sama kita ikut saranan ini bagi menyuntik tubuh badan menjadi sihat dan cergas sepanjang Ramadan ini.

The post Bagaimana mahu pasti kita minum 8 gelas sehari semasa Ramadan? Ini caranya appeared first on .