Jualan mengejut Shopee sepanjang Ramadan, jangan lepaskan peluang keemasan

16 Apr 2021 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEMPENA bulan Ramadan ini, Shopee Malaysia seperti biasa tidak ketinggalan mempromosikan pelbagai item menarik kepada orang ramai khususnya pengunjung setia gedung online terkemuka tersebut.

Tinjauan SinarPlus dalam laman web jenama berpengaruh itu mendapati, banyak pilihan berbaloi disyorkan untuk mereka yang mahu berjimat-cermat.

Antaranya baucar Shopeepay dengan nilai satu sen sahaja untuk mendapatkan diskaun RM5 bagi pembelian menu sihat, Kenny Rogers Roasters.

image is not available

Ada banyak lagi yang menanti kaki shopping dengan RM1 Deals.

Jualan mengejut pada jam tertentu sudah semestinya memberikan pengalaman mengujakan.

Sebanyak tujuh sesi jualan bermula jam 12 pagi, 5 pagi, 9 pagi, 12 tengah hari, 4 petang, 8 malam dan 10 malam.

image is not available

image is not available

Jangan terkejut jika ada promo RM1 untuk Perodua Ativa, external hard disk dan seterika tanpa wayar jenama Panasonic.

Percaya atau tidak, eBazar Ramadan pun ada juga. Tiga waktu penting perlu ditunggu supaya tidak terlepas peluang keemasan.

image is not availableBermula jam 5 pagi hingga 7 pagi, Sahur Specials menyediakan baucar dan tawaran ekslusif yang cukup berbaloi.

Selain itu, Jom Berbuka Dengan Shopeepay Vouchers dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang, manakala Moreh Specials juga menanti kaki shopping bermula jam 10 malam hingga 12 malam.

image is not availableAda lagi! Jangan lepaskan Tawaran Hebat Raya Shopee yang bakal berlangsung pada 23 April ini bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi sahaja.

Apa item menarik yang dipromosikan gedung dalam talian tersebut untuk tempoh dua jam?

image is not available

image is not available

Antara barangan makanan dan keperluan dapur yang ditawarkan pada harga bawah RM5 seperti kurma Mesir, serbuk cili jenama Hexa, beri kering dan pencuci pinggan.

Diskaun hebat hingga 66 peratus jangan dilepaskan! Bukan sahaja menjimatkan, bahkan dapat mengisi stok dapur sepanjang Ramadan ini.

Menarik bukan? Jadi, jangan berlengah dan cepat-cepat intai potongan harga terbaik untuk pembelian item idaman seperti perkakas elektrik, baju, kasut, aksesori dan baucar makanan atau minuman.

 

 

The post Jualan mengejut Shopee sepanjang Ramadan, jangan lepaskan peluang keemasan appeared first on .