Ini Adalah Papan Induk Yang Dibina Khas Untuk Melombong Kriptowang Chia – Hadir Dengan 32 Port SATA, Menyokong Storan Sehingga 44TB

TechnologyDigital
26 Apr 2021 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, kami ada menulis mengenai pengenalan kepada sebuah kriptowang baru yang dinamakan Chia, iaitu sebuah kriptowang yang dilombong menggunakan pengiraan ruang storan sesebuah komputer. Ia dibangunkan oleh Bram Cohen, iaitu salah satu daripada pembangun asal Bittorrent, klien perkongsian kandungan paling popular di dunia sekarang.

image is not available

Terkini, sebuah papan induk telah diperkenalkan yang dibangunkan khusus untuk membantu melombong kriptowang Chia ini. Ia dinamakan Onda B365 D32-D4 Magic Edition dan hadir dengan 32 sambungan SATA yang boleh digunakan untuk menyambung sebanyak 32 storan cakera keras ataupun SSD secara terus.

image is not available

Ia dibangunkan menggunakan platform cipset Intel B365 yang menyokong cip pemprosesan Intel generasi ke-8 Coffee Lake dan hadir dengan saiz yang jauh lebih panjang berbanding dengan papan induk bersaiz EATX kerana jumlah sambungan SATA yang hadir pada papan induk ini.

image is not available

Walaupun secara teknikalnya kriptowang ini masih belum sedia lagi digunakan untuk tujuan melombong dan perdagangan digital, sejumlah besar pelombong kriptowang di China dan Hong Kong telahpun mula membeli stok cakera keras dan juga SSD untuk tujuan melombong kriptowang baru ini.

Ini adalah kerana Chia menggunakan konsep yang sedikit berlainan berbanding dengan kriptowang yang lain, dan lebih mementingkan sambungan rangkaian dan juga jumlah storan terbina. Apabila dibandingkan, perlombongan Chia menggunakan jumlah tenaga yang jauh lebih rendah berbanding menggunakan kad grafik.