MB ucap takziah atas kemangkatan bapa Tengku Permaisuri Selangor

20 Apr 2021 • 10:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 APRIL: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor di atas kemangkatan ayahanda Tengku Permaisuri Norashikin.

“Patik mewakili seluruh lapisan pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor merafak sembah takziah kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke Rahmatullah, Allahyarham Abdul Rahman Baba.

“Allahyarham adalah ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor yang meninggal pada usia 89 tahun.

“Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al Fatihah,” kata Dato’Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

The post MB ucap takziah atas kemangkatan bapa Tengku Permaisuri Selangor appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved