Celcom Melanjutkan Penawaran Data 1GB Percuma Setiap Hari Sehingga 31 Julai 2021

TechnologyDigital
22 Apr 2021 • 12:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pelbagai syarikat telekomunikasi dibawah arahan SKMM telah mula menawarkan data percuma sebanyak 1GB setiap hari.

Data percuma ini memfokuskan kepada penggunaan produktiviti – dimana pengguna boleh menggunakan data percuma ini bersama sejumlah aplikasi, termasuk untuk panggilan video, pembelajaran dan sebagainya.

Data percuma ini ditawarkan dalam usaha membantu pekerjaan dari rumah, dan juga pembelajaran dari rumah.

Data percuma ini telah dilanjutkan oleh SKMM sehingga 31 April 2021 ini. Apa pun, menariknya, kini Celcom melalui pengumuman di web mereka, mengatakan Celcom akan melanjutkannya sehingga 31 Julai 2021 kelak.

image is not available

Pengguna masih perlu menebusnya sekali setiap bulan melalui aplikasi Celcom Life untuk penawaran ini.

Sama-sama kita berharap agar penyedia telekomunikasi lain turut mengikut jejak penawaran sama kepada pengguna mereka tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved