Sedih! Anak Kru Kapal Selam Hilang Kunci Ayah Dalam Bilik, Berkeras Larang Ayah Pergi Bertugas

Entertainment
24 Apr 2021 • 5:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Sedih! Anak Kru Kapal Selam Hilang Kunci Ayah Dalam Bilik, Berkeras Larang Ayah Pergi Bertugas appeared first on Lobak Merah.

Beberapa hari lepas, ramai yang terkejut dengan berita kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan Bali. Sehingga kini, kerja-kerja pencarian dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan beberapa negara lain.

Namun, yang lebih memilukan, baru-baru ini juga, viral video seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada salah seorang kru kapal selam terbabit yang berkeras menghalang ayahnya pergi bertugas.

image is not available

Menurut Kompas.com, kru tersebut yang dikenali sebagai Letnan Satu (Lettu) Imam Adi telah dikunci oleh anaknya, Azka dalam bilik sebab tak nak ayahnya pergi.

Video terbabit dipercayai telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut. Wanita itu kemudiannya bertanya kanak-kanak tu kenapa tak bagi ayah pergi kerja. Dia kemudian menjawab,

Enggak boleh,” katanya.

Video yang viral itu telah disahkan sendiri oleh ayah Imam Adi iaitu Edy Sujianto. Dia mengatakan video tu memang video anak lelakinya bersama cucunya.

image is not available

Difahamkan, video tersebut telah dikongsikan oleh menantunya melalui WhatsApp dan dia telah merakam video tu pada Isnin lalu sebelum suaminya bertugas di kapal selam terbabit.

Ayahnya juga pelik tengok kelakuan kanak-kanak tu sebab selalunya cucunya akan baik-baik sahaja walaupun ditinggalkan ayahnya. Walau bagaimanapun, Edy enggan melibatkan kehilangan anaknya dengan tingkah laku luar biasa kanak-kanak itu.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar kesemua kru kapal ini segera ditemui dalam keadaan selamat. 

Baca: “Cepat pulang isteri mu menunggu dirumah” – [VIDEO] Isteri Mangsa Kapal Selam Hilang Rayu Suami Segera Pulang

image is not available

Kompas.com

Instagram

The post Sedih! Anak Kru Kapal Selam Hilang Kunci Ayah Dalam Bilik, Berkeras Larang Ayah Pergi Bertugas appeared first on Lobak Merah.