Covid-19: 3,332 kes baharu hari ini, Selangor tertinggi

29 Apr 2021 • 4:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Kes positif baharu Covid-19 terus melepasi angka 3,000 dengan 3,332 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah berkenaan dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak dengan 522 kes dan Kelantan 401 kes.

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 359 kes; Johor (207); Pulau Pinang (158); Sabah (131); Negeri Sembilan (111); Kedah (105); Pahang (92); Perak (91); Melaka (43); Terengganu (19); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

Labuan tidak merekodkan kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh berkenaan.

– BERNAMA

The post Covid-19: 3,332 kes baharu hari ini, Selangor tertinggi appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved