Baidu Akan Memperkenalkan Perkhidmatan Roboteksi Tanpa Pemandu Di Beijing

TechnologyDigitalCars
29 Apr 2021 • 10:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baidu, salah satu syarikat internet gergasi di China, kini mengumumkan mereka akan menawarkan perkhidmatan roboteksi tanpa pemandu di Beijing bermula 2 Mei 2021 ini.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membuatkan Baidu menjadi terawal menawarkan perkhidmatan roboteksi swapandu secara berbayar kepada pengguna.

Melaluinya, pengguna boleh memanggil teksi tanpa pemandu ini melalui aplikasi Apollo Go,  dan seterusnya melakukan pembayaran menggunakan aplikasi sama.

Ini juga membuatkan Baidu menjadi antara terawal dalam memperkenalkan perkhidmatan roboteksi di dunia, sekaligus membawa arena swapandu setapak kehadapan – dan membolehkan orang ramai mencuba dan menikmati perkhidmatan roboteksi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved