“Sendiri makan sendiri simpan” – Kecoh ‘Ain’ Upload Borang Rentas Negeri, Polis Chukai Sahkan Tandatangan Dipalsukan

Entertainment
8 Apr 2021 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Sendiri makan sendiri simpan” – Kecoh ‘Ain’ Upload Borang Rentas Negeri, Polis Chukai Sahkan Tandatangan Dipalsukan appeared first on Lobak Merah.

Malam semalam, viral di Twitter tentang seorang wanita bernama ‘Ain’ selepas dia memuat naik status di Whatsapp menunjukkan borang permohonan rentas negeri. Apa yang menjadi isu dan hangat diperkatakan netizen adalah, borang yang diambil dari Balai Polis Chukai itu belum diisi namun telah mempunyai cop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis.

Perkara itu membuatkan netizen bengang kerana memikirkan bagaimana ‘Ain’ boleh mendapat kelulusan walaupun ianya belum diisi lagi dengan butiran dan di bahagian alasan untuk rentas negeri pula masih kosong.

image is not available

Bukan itu saja, selepas gambar itu dimuat naik ada juga segelintir netizen memuat naik gambar lain yang turut menunjukkan borang permohonan rentas negeri dari balai polis yang sama. Namun, gambar itu berserta caption seolah-olah menunjukkan individu tersebut ‘menjual’ borang kebenaran yang telah ditandatangani itu.

image is not available

 

Tandatangan dipalsukan – Polis

Bagaimanapun, polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu ini dan menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan, telah berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis berkenaan.

Katanya borang itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temu duga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April.

Siasatan awal dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang itu.”

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian). lapor Sinar Harian.

 

Baca: “Mano kau nak mentubong kau punya pasal” – Viral Isu Selebriti & Instafamous Rentas Negeri, ‘Setepek’ Dato Hattan Tegur!

image is not available

Twitter

Twitter

The post “Sendiri makan sendiri simpan” – Kecoh ‘Ain’ Upload Borang Rentas Negeri, Polis Chukai Sahkan Tandatangan Dipalsukan appeared first on Lobak Merah.