Anda Perlu Membeli AirTag Dan AirTag Loop Yang Bernilai RM298 Untuk Penggunaan Lebih Efisien

TechnologyDigital
21 Apr 2021 • 10:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirTag adalah antara produk Apple yang ramai nantikan. Ini kerana ia adalah penjejak objek daripada Apple sendiri, yang mana melengkapkan lagi barisan produk dalam ekosistem Apple. Sekian lama, pengguna terpaksa bergantung kepada produk seperti Tile atau jenama lain.

image is not available

Harga jualan rasmi AirTag di Malaysia adalah RM149. Dengan sokongan UWB melalui cip U1, menggunakan piawaian Works With Apple Find My dan sudah semestinya diiktiraf MFI. Tetapi harga ini adalah untuk “sekeping” AirTag sahaja tanpa sebarang aksesori lain. Menariknya Apple membenarkan pengguna tukar bateri sendiri. Tetapi yang tidak menarik, rekaannya tiada sebarang lubang atau tempat untuk sangkut ke rantai kunci.

image is not available

image is not available

Jika dibandingkan dengan produk seperti Tile, AirTag lebih mirip dengan Tile Sticker yang mempunyai pelekat. Harga jualan juga lebih kurang. Jadi pada Tile ia tidak menjadi isu. Kegunaan AirTag tanpa aksesori seperti selongsong AirTag Loop hanya dengan letak terus di dalam beg atau selit di dalam dompet. Ini kurang efisien dan mungkin boleh rosakkan permukaan seperti calar.

image is not available

Untuk menggunakan AirTag dengan lebih efisien, pengguna haruslah beli selongsong AirTag Loop yang diperbuat daripada plastik dengan harga RM149 juga. Menjadikan satu set bernilai RM298. Jika memilih AirTag Loop kulit atau AirTag Leather Key Ring, harga satu set menjadi RM348. Belum lagi dijual di Malaysia selongsong edisi Hermés yang dijual oada harga sekitar RM1850, menjadikan satu set berharga mencapai hampir RM2000.

image is not availableimage is not available

Apa kata anda? Beli tanpa selongsong RM149 sudah memadai atau beli satu set RM298? Berbaloi atau tidak? Pihak ketiga seperti Nomad, Dbrand dan banyak lagi sudah mula tawarkan selongsong dan aksesori lain pada harga lebih mahal. Atau beli RM149 dan cari sahaja di Shopee/Lazada selongsong OEM yang murah.