Tak Serik-Serik Lagi! Kecoh, Dua Lagi Iklan Judi Raya Bakal ‘Dilancarkan’, Katanya Kali Ini Lebih Pendek?

Entertainment
20 Apr 2021 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post Tak Serik-Serik Lagi! Kecoh, Dua Lagi Iklan Judi Raya Bakal ‘Dilancarkan’, Katanya Kali Ini Lebih Pendek? appeared first on Lobak Merah.

Tular sebelum ini di media sosial mengenai video muzik (MV) bertemakan hari raya Aidilfitri yang mempromosikan aktiviti perjudian atas talian.

Tapi, tak habis sampai situ, katanya akan ada dua lagi iklan judi raya yang bakal dilancarkan di media sosial nanti. Haih, tak serik-serik lagi ke?

 

Video berbeza dari yang sebelum ini

Maklumat mengenai kemunculan lagi dua video baharu ini diterima oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang juga mengatakan bahawa mereka kini menunggu masa untuk video tersebut disebarkan kepada masyarakat melalui platform media sosial.

image is not available

“Video ketiga dan keempat ini tidak sama seperti video-video sebelum ini.”

Menurut mStar, video yang bakal disebarkan ini berdurasi lebih pendek berbanding video sebelum ini dan hanya melibatkan nyanyian lagu raya serta promosi aktiviti perjudian atas talian.

image is not available

 

Tangkapan individu terlibat

15 April lalu telah mengejutkan orang ramai apabila tersebarnya dua video iklan raya di media sosial yang mempromosikan aktiviti perjudian atas talian yang menggunakan khidmat pelakon sambilan yang beragama Islam.

Susulan kes itu, seramai 18 individu yang terlibat dalam perkara ini telah ditangkap bagi membantu siasatan.

“Kita berharap dalam tempoh terdekat akan ada lagi tangkapan dan kita tak akan biarkan perkara ini terus berlaku dalam negara.”

image is not available

 

Pelihara agama Islam

Mohamad Zainal juga mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian lagi-lagi di bulan Ramadan ini.

“Tambahan lagi dalam bulan Ramadan, kita minta fikir banyak kali. Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah dan agama kita.”

Ketua Polis Daerah Dang Wangi itu juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membiarkan agama Islam ini dijatuhkan oleh umatnya sendiri.

Nak cari duit tu, biar lah dari sumber yang halal ye semua.

 

Sumber: mStar

Baca:”Hanya lip sync lagu”-Pelakon Dedah Hanya Tahu Video Iklan Raya Promosi Judi Di Akhir Penggambaran

image is not available

Astro Awani

mStar

mStar

The post Tak Serik-Serik Lagi! Kecoh, Dua Lagi Iklan Judi Raya Bakal ‘Dilancarkan’, Katanya Kali Ini Lebih Pendek? appeared first on Lobak Merah.