“Basuh dulu sebelum makan”- [VIDEO] Wanita Ini Ajar Cara Cuci Kurma, Ramai Netizen Tak Percaya Dalam Kurma Ada Ulat

Entertainment
12 Apr 2021 • 2:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Basuh dulu sebelum makan”- [VIDEO] Wanita Ini Ajar Cara Cuci Kurma, Ramai Netizen Tak Percaya Dalam Kurma Ada Ulat appeared first on Lobak Merah.

Esok dah nak masuk bulan Ramadhan, memang ramai la yang dah prepare beli buah kurma untuk berbuka nanti. Selalu kalau kita beli buah, kita akan basuh dulu. Tapi, jarang kita dengar orang basuh buah kurma. Selalu buka kotak kurma tu terus je makan.

Ada sorang wanita di Tiktok yang berkongsi video cara untuk basuh kurma dengan betul. Perkongsian itu mendapat 2 juta tontonan kurang daripada 24 jam lepas dia share video itu serta mendapat hampir 160 ribu likes dan lebih 20 ribu share.

@azween_muzani

Kurma ada ulat kena cuci dulu. #ramadhan #ramadhantiba

♬ original sound – Azween_Muzani – Azween_Muzani

Menerusi perkongsian video oleh Azween Muzani, dia beri tips untuk cuci kurma tersebut dengan air garam dahulu dan rendam selama 5-10 minit sebelum ditapis. Kemudian, bilas kurma tersebut guna air biasa sebelum dikeringkan dengan lap pada tisu kering.

Dalam video tersebut, wanita itu tunjukkan hasil tapisan air kurma yang dicuci itu ada ulat-ulat kecil. Weh biar betul?

image is not available

 

Netizen tak percaya

Di ruangan video tersebut, ramai netizen tak percaya yang ada ulat dalam kurma tersebut. Siap ada yang cakap elok je diorang makan selama ni kalau tak basuh. Ada juga yang cakap ulat dalam kurma itu kira macam protein tambah dan menyedap rasa. Positif betul eh diorang ni.

image is not available

image is not available

Ramai juga yang tak tahu sebenarnya buah kurma boleh dicuci dan disimpan untuk lebih 3 bulan kalau dicuci dengan betul. Cara dia, lepas cuci dan keringkan kurma guna tisu, simpan kurma tersebut dalam bekas berlapikkan tisu untuk kekalkan kesegaran kurma tersebut.

@azween_muzani

Reply to @aqilah12494 hi.. semoga membantu image is not available

♬ original sound – Azween_Muzani – Azween_Muzani

Selamat mencuba ye korang. Tak lengkap puasa kalau tak ada kurma, betul tak?

 

Sumber: Azween Muzani

Baca:“Tiga kali test negatif masih tak boleh keluar” – Muslim Di Pusat Kuarantin Delhi Tak Dapat Makan Sahur & Hanya Diberi Kurma Untuk Berbuka

image is not available

Tiktok

Tiktok

Tiktok

The post “Basuh dulu sebelum makan”- [VIDEO] Wanita Ini Ajar Cara Cuci Kurma, Ramai Netizen Tak Percaya Dalam Kurma Ada Ulat appeared first on Lobak Merah.