“Inilah hakikat sebenar” – Luahan DG Hisham, Terpaksa Pilih Pesakit Yang Berpotensi Sembuh Untuk ICU

30 May 2021 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Inilah hakikat sebenar” – Luahan DG Hisham, Terpaksa Pilih Pesakit Yang Berpotensi Sembuh Untuk ICU appeared first on Lobak Merah.

Semalam, Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi dalam sejarah sebanyak 9,020 kes. Perkara itu membimbangkan ramai pihak dan lebih lagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu ciapan di akaun @DGHisham, beliau meluahkan keadaan semasa yang terpaksa dihadapi barisan frontliners bagi membendung Covid-19 dan menyelamatkan mangsa di Unit Kawalan Rapi (ICU) hospital-hospital seluruh tanah air.

image is not availableimage is not availableimage is not available

 

Hospital swasta?

Ada juga yang sempat bertanya kepada DG Hisham mengenai keberadaan hospital swasta bagi meringankan beban hospital kerajaan. Menurut DG Hisham, kapasiti hospital swasta pada ketika ini adalah melebihi 60 peratus.

image is not availableRingkas je jawapan dari Tan Sri DG. Kalau sampai 100% kapasiti, mungkin boleh lumpuh sistem perubatan kat negara kita ni. Itulah yang semua orang paling takut. 

 

Rakyat pun risau

Sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi SOP, keadaan ICU seperti yang didedahkan oleh DG Hisham turut membimbangkan. Kalau boleh kita taknak KKM terpaksa pilih siapa yang terpaksa hidup atau mati. Bukan apa, risau kalau yang tak terpilih tu dari kalangan keluarga atau sahabat kita.

image is not availableBetul, min setuju. Marilah sama-sama kita doakan negara kita kembali sejahtera macam dulu. Sama-sama kita patuh SOP dan duduk rumah.

image is not availableElakkan tempat yang ramai orang. Lockdown nanti bukan tak boleh keluar beli barang langsung. Boleh je keluar macam PKP 1.0 haritu. Yang penting jaga diri.

image is not availableItulah, ini hakikat sebenar. Tak perlu nak tuding jari kepada sesiapa, tanggungjawab tu bermula dengan kita.

Apa-apa pun, yang penting sekarang ni, kita kena lindung diri dan lindung keluarga kita. Janganlah kita menjadi orang yang tanpa sedar telah menyebarkan virus kepada orang lain. Tanggungjawab tu bermula dengan diri kita. 

 

Baca: “Prepare for the worst” – Dr Hisham Minta Orang Ramai Bersedia Hadapi Lonjakan Menegak Covid-19

image is not available

 

The post “Inilah hakikat sebenar” – Luahan DG Hisham, Terpaksa Pilih Pesakit Yang Berpotensi Sembuh Untuk ICU appeared first on Lobak Merah.