Samsung Galaxy Tab S7 FE Kini Rasmi – Skrin 12.4″, Snapdragon 750G dan Bateri 10090 mAh

TechnologyDigital
28 May 2021 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tablet Samsung Galaxy Tab S7 FE akhirnya telah dilancarkan secara rasmi. Tablet dilengkapi skrin 12.4″ TFT dengan resolusi WQXGA yang menyokong stylus S Pen, dijana cip Snapdragon 750G, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. S Pen yang disertakan dengan setiap pembelian ini bolen disimpan secara magentik pada panel belakang.

image is not available

Peranti turut hadir dengan kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Melengkapi spesifikasi ialah bateri 10090 mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W menerusi port USB-C. Pengecas walau bagaimanapun ini tidak disertakan. Dari segi audio pula, pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos turut diberikan.

image is not available

Sebagai sebuah tablet, ia boleh berfungsi seperti sebuah komputer riba menerusi aksesori kerangka papan kekunci. Mod Samsung Dex terus diaktifkan apabila aksesori ini digunakan. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 11 dengan One UI 3.1.

Samsung menawarkan model dengan sokongan WiFi 6 dan juga 5G. Kedua-dua model turut ditawarkan dalam warna Mystic Black, Mystic Silver, Mystic Green, dan Mystic Pink. Tablet dijual pada harga bermula £590 (~RM3457) sebuah.