Samsung Galaxy Tab A7 Lite Turut Dilancarkan – Skrin 8.7″ Dan Cip MediaTek Helio P22

TechnologyDigital
28 May 2021 • 6:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Turut dilancarkan serentak dengan Samsung Galaxy Tab S7 FE ialah Samsung Galaxy Tab A7 Lite. Ini ialah tablet lebih mampu milik dengan skrin TFT 8.7″ TFT WQGA+, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 64GB dan bateri sebesar 51000 mAh yang menyokong pengecasan 15W. Seperti peranti Samsung lain di pasaran, pengecas tidak disertakan sekali.

image is not available

Kamera utama sebesar 8MP dipadankan pula dengan kamera swafoto 2MP. Peranti mampu merakam video sehingga resolusi 1080p 30FPS. Sepasang pembesar suara stereo disertakan dengan audio Dolby Atmos. Bicu audio turut disertakan untuk mereka yang masih memerlukan sambungan aksesori audio berwayar.

image is not available

Sistem operasi Android 11 digunakan dengan pelancaran One UI 3.1. Samsung Galaxy Tab A7 Lite ditawarkan dalam versi LTE dan juga WiFI 5. Pilihan warna pula ialah perak dan kelabu sahaja. Walaupun ia sebuah tablet, Tab A7 Lite tidak menyokong sytlus S Pen. Harga jualan Samsung Galaxy Tab A7 Lite bermula dari £150 (~RM879) sebuah.