Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sasar kutipan RM1 juta

24 May 2021 • 3:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 24 MEI: Kerajaan Negeri melancar Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin hari ini untuk rakyat Palestin dengan sasaran kutipan RM1 juta dalam tempoh 10 hari.

Dato’ Menteri Besar berkata sejumlah RM223,957.77 berjaya dikutip setakat ini sejak tabung dibuka pada 19 Mei lepas.

“Penyumbang terawal adalah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) berjumlah RM107,930, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM 67,000), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM 21,250) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (RM 10,000).

“Turut menghulur sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Mohd Sany Hamzan (RM7,777.77) serta sumbangan peribadi saya berjumlah RM10,000,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Amirudin berkata kutipan diserah kepada Global Peace Mission Malaysia (GPM) untuk pembelian SelangorAid Ambulans yang dilengkapi pelbagai kelengkapan bernilai RM350,000 dan SelangorAid trak (RM450,000).

“Baki sumbangan berjumlah RM150,000 digunakan pembelian makanan dan minyak generator (RM50,000),” katanya.

Tambah beliau mereka yang menyumbang bakal menikmati pengecualian cukai dengan mengemukakan resit dikeluarkan Kerajaan Negeri.

The post Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sasar kutipan RM1 juta appeared first on Selangorkini.