COVID-19: Kes Baharu Cecah 9,000, Selangor Rekod Kes Tinggi 2,836

29 May 2021 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post COVID-19: Kes Baharu Cecah 9,000, Selangor Rekod Kes Tinggi 2,836 appeared first on Lobak Merah.

Hari ini, negara Malaysia sekali lagi memecahkan rekod harian bagi kes jangkitan COVID-19 tertinggi selepas mencecah angka 9,020 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Tan Sri Dr Noor Hisham iaitu Ketua Pengarah Kesihatan berkata, negeri Selangor merekodkan kes tertinggi hampir mencecah 3,000 dengan jumlah kes baharu hari ini adalah 2,836.

Berikut merupakan pecahan kes terbaharu dan kes kumulatif di Malaysia mengikut setiap negeri:

  1. Selangor – 2,836 (182,338)
  2. Kelantan – 907 (26,481)
  3. Negeri Sembilan – 898 (25,584)
  4. WPKL – 789 (57,651)
  5. Sarawak – 726 (46,162)
  6. Johor – 468 (57,461)
  7. Kedah – 468 (18,023)
  8. Pulau Pinang – 345 (28,050)
  9. Melaka – 340 (11,532)
  10. Perak – 272 (20,167)
  11. Sabah – 265 (61,847)
  12. WP Labuan – 253 (3,423)
  13. Pahang – 216 (9,119)
  14. Terengganu – 189 (8,353)
  15. WP Putrajaya – 29 (1,851)
  16. Perlis – 19 (492)

Teruskan mematuhi arahan kerajaan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

Sumber: Astro Awani

Baca: TERKINI : Perdana Menteri Umum Total Lockdown Seluruh Negara Berkuatkuasa 1 Jun Ini

image is not available

Tattler Malaysia

The post COVID-19: Kes Baharu Cecah 9,000, Selangor Rekod Kes Tinggi 2,836 appeared first on Lobak Merah.