Huawei Dilaporkan Ingin Mendapatkan Pegangan Majoriti Pada Salah Satu Pengeluar Kereta Di China

TechnologyDigitalCars
3 May 2021 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei sedia memfokuskan kepada pengeluaran peralatan elektronik dan sistem pintar untuk digunakan dalam automotif. Terbaru, melalui laporan Reuters, Huawei diperkatakan sedang dalam perbincangan bersama salah satu pengeluar kenderaan di China dalam mendapatkan pegangan majoriti pada syarikat berkenaan.

Huawei diperkatakan sedang dalam perbincangan bersama Chongqing Sokon – dan sekiranya berjaya, ia mungkin membolehkan Huawei memperkenalkan kenderaan dengan jenama mereka tersendiri.

Apa pun, buat masa ini, pihak Huawei menidakkan laporan ini, dan mengekalkan komen mereka mengatakan Huawei tidak membangunkan kenderaan, dan lebih kepada menyediakan penyelesaian perisian dan komponen untuk kenderaan pintar sahaja.

Sebelum ini, Xiaomi sedia mengumumkan mereka akan membangunkan kenderaan mereka tersendiri, selain beberapa syarikat teknologi yang turut sedang melihat ke arena kenderaan pintar. Huawei sendiri telah mula menjual kenderaan melalui laman mereka di China pada bulan lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved