Colonial Pipeline Membayar RM20 Juta Dalam Bentuk Bitcoin Selepas Menjadi Mangsa Perisian Terbusan

TechnologyDigital
14 May 2021 • 9:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu Colonial Pipeline menjadi mangsa serangan perisian tebusan oleh kumpulan penggodam DarkSide, Akibatnya operasi penghantaran bahan api pantai timur Amerika Syarikat terganggu sehingga kini berlaku pembelian panik kerana bekalan semakin berkurangan. Bagi membolehkan sistem perpaipan kembali berfungsi, Colonial Pipeline akur dengan permintaan DarkSide dam membayar wang tebusan bernilai $5 juta (~RM20.63 juta) dalam bentuk mata wang Bitcoin.

image is not available

Bayaran 75 Bitcoin telah dilakukan beberapa jam selepas operasi lumpuh dan permintaan dari penggodam diterima. Sebelum ini terdapat laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat memberikan bantuan bagi memulihkan sistem yang terkunci tetapi nampaknya pihak Colonial tidak memberitahu mereka telahpun membayar wang tebusan.

Sistem masih lagi tergendala kerana perisian penyahsulitan data terkunci yang diberikan Darkside berfungsi telalu perlahan. Colonial kemudian terpaksa menggunakan fail sandaran bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan bahan api. Wang tebusan $5 juta mungkin kelihatan sepeti nilai yang tinggi tetapi sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kerugian yang ditanggung kerana operasi yang tergendala.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved