Melombong Kriptowang Chia Boleh Membuatkan SSD Anda Rosak Dalam Beberapa Minggu

TechnologyDigital
12 May 2021 • 8:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan arena kriptowang, semestinya mengenali akan kriptowang terbaru dinamakan Chia, yang menggunakan SSD dan HDD untuk melombong.

Ia berbeza dengan kriptowang lain yang memerlukan kuasa pemprosesan seperti GPU dan CPU, sebaliknya ia lebih kepada berasaskan storan – sekaligus bergantung kepada SSD dan HDD.

Apa pun, untuk makluman anda, penggunaan SSD biasa dilihat akan mengurangkan tempoh penggunaan sesuatu SSD berkenaan, dan membuatkan ia boleh rosak dalam masa sekitar 40 hari sahaja.

Hal ini kerana ia menggunakan kadar penulisan yang tinggi, sekaligus membuatkan SSD rosak dengan lebih pantas. Secara kebiasaan, SSD 1TB dilihat hadir dengan kadar ketahanan 600TBW (Terabytes to be Written), yang mana menawarkan ketahanan sekitar lima tahun berdasarkan kadar penulisan 0.3 DWPD (Drive Writes Per Day) sehari.

Apa pun, untuk melombong Chia ini, perkara berkenaan meningkat mendadak, membuatkan SSD anda boleh rosak dalam tempoh 40 hari sahaja.

Sebagai alternatif, penggna dinasihatkan menggunakan SSD untuk pusat data, atau yang mempunyai tahap TBW dan DWPD yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved