Redmi Note 8 2021 Sah Menggunakan Cip MediaTek Helio G85

TechnologyDigital
24 May 2021 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi kini dalam persediaan untuk pengenalan Redmi Note 8 2021 yang dijangka tiba tidak lama lagi. Menurut Xiaomi, pengenalan peranti ini adalah bagi meraikan kejayaan selepas lebih daripada 25,000,000 unit Redmi Note 8 telah terjual secara global. Spekulasi awal mengatakan ianya bakal dijana dengan cip MediaTek Helio G85 dan perkhabaran itu ternyata benar apabila ia telah disahkan oleh pihak Xiaomi sendiri, baru-baru ini.

image is not available

Memetik hantaran di Twitter rasmi, Xiaomi telah memuat-naik satu poster acah yang menunjukkan peranti ini akan menggunakan cip berkenaan. Melaluinya, Xiaomi turut menyatakan peranti pintar ini kelak bakal hadir dengan pengalaman penggunaan lebih baik bersama prestasi yang unggul dan lancar.

image is not available

Disamping itu, Redmi Note 8 2021 juga akan mempunyai skrin bersaiz 6.53-inci yang mana jelas kelihatan ia masih mengekalkan saiz yang sama seperti generasi sebelumnya. Bukan itu sahaja, rekaan panel belakang turut menampilkan rekaan yang sama dengan sokongan sistem kuad-kamera bersama sensor utama 48-Megapixel. Sehingga kini, masih tidak diketahui bilakah Xiaomi akan melancarkannya secara rasmi. Sama-sama kita nantikan.