The post “Saya tidak memihak Lofa pun” – Duriankimchi Mohon Maaf, Perjelas Maksud Sebenar Isu Kritik Peguam appeared first on Lobak Merah.
Semalam nama influencer Duriankimchi menjadi perhatian netizen di media sosial, ia susulan dengan satu komen yang diberikan terhadap seorang peguam berkenaan dengan isu tidak puas hati parkir kereta di dalam perkarangan mahkamah.
Susulan dengan insiden tersebut, Ryzal tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter miliknya.
Saya bukan menyebelahi Neelofa”
Disamping permohonan maaf tersebut, Ryzal menjelaskan bahawa niat dia sebenarnya bukanlah mahu memihak Neelofa, katanya dia terlalu banyak mendengar cerita pasal Neelofa sejak kebelakangan ini sehingga naik jemu.
“Saya maksudkan adalah jangan terlalu memperhatikan masalah ini, sebaliknya cari perkara yang lebih penting dan perlu difokuskan. Kita mengalami krisis dunia di luar sana, namun di sini kita saling berdebat mengenai “masalah tempat letak kereta”.
Dalam pada oitu, Ryzal memperjelas juga bahawa isu tersebut sebenarnya tidak perlu wujud kerana dia menjelaskan bahawa dia ada menonton satu klip dimana pihak pengawal keselamatan telah memberikan Neelofa masuk kedalam perkarangan mahkamah .
I watched the clip in Seremban, the security let them in after waiting a few minutes, but not knowing how the court gave them access. I saw Neelofa walks out to the gate and scan My Sejahtera and get in the car back before getting the security court permission.
— Duriankimchi (Ryzal & Maryam) (@duriankimchi) May 24, 2021
Sekali lagi, saya betul-betul minta maaf kerana atas kenyataan saya sebelum ini. Kepada mereka yang salah anggap dengan komen saya. Saya tidak memihak Neelofa langgar SOP. Seperti yang dikatakan tadi, dia dah buat silap dan biar pihak atasan yang uruskannya sendiri, jangan terlalu suka menuding jari, kita ada isu yang lebih besar untuk kita fokus.”
Dalam pada itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim juga menjelaskan bahawa bagaimana proses mahkamah memandangkan dirinya sebelum ini pernah bekerja di mahkamah sivil yang banyak bekerjasama dengan Pendakwa, Polis dan Hakim.
Saya faham bagaimana mahkamah berfungsi. Ya, tidak ada tempat meletak kenderaan untuk orang ramai, bahkan untuk Peguam.”
Last but not least, my previous career was in civil court for the 2 continuous years with Lawyers, Prosecutors, Police and Judges. I understood how the court works. Yes, no parking for public, not even for the Lawyers.
— Duriankimchi (Ryzal & Maryam) (@duriankimchi) May 24, 2021
Hurm, harap penjelasannya ini dapat buat kita faham.
Baca : “Duriankimchi is cancelled” – Influencer Dikecam Sebab Kritik Peguam Isu Neelofa Dapat Parking ‘VIP’
The post “Saya tidak memihak Lofa pun” – Duriankimchi Mohon Maaf, Perjelas Maksud Sebenar Isu Kritik Peguam appeared first on Lobak Merah.

