Celcom Menghadapi Masalah Gangguan Telekomunikasi Di Sebahagian Semenanjung Malaysia

TechnologyDigital
7 May 2021 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Celcom kini mengumumkan yang mana pengguna di sejumlah kawasan di Semenanjung Malaysia kini terkesan dengan gangguan telekomunikasi – sekaligus mungkin memberikan kesan terhadap penggunaan data mereka.

Celcom mengatakan masalah ini dihadapi disebabkan oleh kerosakkan pada salah satu peralatan.

Buat masa ini, pasukan teknikal Celcom sedang dalam proses membaik-pulih perkhidmatan secepat yang mungkin.