PM umum bantuan PKP 3.0 malam ini

31 May 2021 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam ini.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19

Sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.