PKP: Yayasan Selangor tutup pejabat mulai esok

31 May 2021 • 9:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 31 MEI: Yayasan Selangor akan menutup pejabatnya selama dua minggu bermula esok hingga 14 Jun ini.

Yayasan memaklumkan penutupan itu selaras pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara.

“Sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan, semua warga kerja akan melaksanakan bekerja dari rumah,” menurut hebahannya hari ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan pendidikan, orang ramai boleh merujuk Pengarah Kanan Pendidikan Zahur Zakry di talian 019-6459975 atau Pengurus Hal Ehwal Pelajar Rosmaria Hani Maarof (019-3810870).

Maklumat lain boleh dirujuk di laman sesawang rasmi http://www.yayasanselangor.org.my atau pautan http://yayasanselangor.org.my/hubungi-kami/.

The post PKP: Yayasan Selangor tutup pejabat mulai esok appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved