“Tolonglah lockdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terbaring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak

Entertainment
20 May 2021 • 7:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Tolonglah lockdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terbaring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak appeared first on Lobak Merah.

Semalam dan hari ini, angka kes positif harian Covid-19 di Malaysia mencecah 6 ribu sekaligus menjadi kes tertinggi pernah dilaporkan di negara ini.

Situasi itu menimbulkan kegusaran dalam hati ramai orang terutamanya golongan barisan hadapan yang bekerja keras dan berkhidmat tanpa rehat secukupnya demi membendung penularan virus ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dilalui frontliners di sebalik tabir dalam ‘peperangan’ ini.

image is not available

Melalui sebuah video TikTok dikongsi oleh seorang anggota barisan hadapan, Faizal Hamed menunjukkan para petugas kepenatan terbaring beramai-ramai untuk berehat walaupun cuma seketika.

Dengan masih lengkap berpakai PPE, petugas barisan hadapan itu semua boleh dilihat tidur dan dalam keadaan tidak bermaya kerana keletihan yang melampau. Bukan setakat penat, mereka juga terpaksa tahan panas kerana memakai sut PPE itu sepanjang masa.

@faizal_hamed

image is not available#covid19 #fyp #malaysia #staysafe

♬ колыбельная – Rauf & Faik

 

Melihat keadaan itu, ramai netizen berasa sebak dan bersimpati dengan situasi dilalui para petugas semua. Ramai yang meninggalkan komen berkata yang mereka tidak dapat bayangkan pengorbanan frontliners.

Selain itu ramai yang turut meluahkan rasa kecewa dan geram dengan pihak yang masih memandang remeh dengan wabak yang sudah meragut 2,099 nyawa di negara kita setakat ini. Ada yang turut mencadangkan agar lebih banyak video menunjukkan realiti dan keadaan sebenar seperti ini terus disebarkan bagi tujuan menaikkan kesedaran.

image is not available

image is not available

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat 6,806 Kes Positif Harian, Tertinggi Setakat Ini!

image is not available

Gambar Hiasan

TikTok

TikTok

The post “Tolonglah lockdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terbaring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak appeared first on Lobak Merah.