Polis nafi kes culik remaja perempuan 13 tahun di Klang

7 May 2021 • 4:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 MEI: Polis mengesahkan tiada kes culik membabitkan remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun di Klang seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata remaja itu sebenarnya keluar bersama dua lelaki warga Bangladesh yang merupakan rakan kepada ibunya, untuk membeli barang pada Rabu lepas.

“Remaja berkenaan kini berada bersama keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurulhuda berkata pihaknya kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penularan berita palsu itu.

Kes itu tular menerusi media sosial hari ini apabila portal berkenaan memuat naik hantaran mendakwa remaja terbabit diculik oleh dua lelaki Bangladesh dan kenderaan dinaiki mereka ditahan di sekatan jalan raya di Tol Bukit Raja, Klang, dekat sini.

-BERNAMA

The post Polis nafi kes culik remaja perempuan 13 tahun di Klang appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved