Samsung Berkongsi Video Bagaimana Peranti Skrin Tri-Lipat Dan Tablet Boleh-Lipat Berfungsi

TechnologyDigital
18 May 2021 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Samsung Display berkongsi empat rekaan konsep peranti baharu yang menggunakan teknologi terkini mereka. Peranti dengan skrin tri-lipatan, tablet boleh-lipat, skrin boleh-gulung dan kamera bawah panel skrin telah diperlihatkan secara rasmi.

Hari ini mereka berkongsi pula bagaimana keeempat-empat konsep skrin baharu ini boleh digunakan di dunia sebenar. Peranti skrin tri-lipat boleh diletakkan dalam mod khemah seperti sebuah komputer 2 dalam 1. Dalam mod ini peranti boleh didirikan untuk menonton video tanpa memerlukan tongkat khas.

image is not available

Melakukan multi-tugas juga lebih mudah dengan peranti ini kerana tiga aplikasi boleh dipaparkan serentak. Kekuatannya terletak pada saiz yang cukup kompak untuk dimasukkan ke dalam poket tetapi boleh dibesarkan apabila diperlukan.

image is not available

Skrin komputer boleh-lipat 17″ pula menunjukkan skrin sekunder boleh digunakan untuk menaip. Konsep yang sudahpun digunapakai pada Galaxy Fold2 tetapi kami rasakan lebih mirip serta praktikal seperti Lenovo Yoga Book kerana saiznya yang lebih besar. Berkolaborasi dengan rakan sekerja menjadi lebih mudah kerana skrin boleh dibuka 180 darjah. Ia turut dilengkapi teknologi kamera bawah panel (UPC) bagi membolehkan kamera disorok dari penglihatan.

image is not available

Peranti skrin boleh-gulung pula digunakan di rumah dan hanya diaktifkan apabila diperlukan. Kandungan dari peranti Samsung juga boleh dihantar ke peranti Samsung yang lain di bawah ekosistem yang sama dengan hanya melakukan tatalan ke arahnya.

image is not available

Kesemua peranti yang diperlihatkan ini masih lagi sekadar konsep. Tetapi berdasarkan paten-paten yang telah difailkan, Samsung pastinya mempunyai perancangan menjadikannya realiti sama seperti Z Fold2 dahulu adalah konsep di bawah Project Valley.