Kenangan Manis Pada Google Photos Kini Boleh Dikawal Oleh Pengguna

TechnologyDigital
19 May 2021 • 5:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hujung tahun lepas, Google memperkenalkan Cinematic Photo – yang mana mengubah imej pegun menjadi animasi berdimensi. Di Google I/O, Google menjelaskan lagi ciri ini yang mana ia terbina dalam Google Photos.

image is not available

Melalui peranti anda, jika anda mengambil dua imej pegun yang mirip – Google Photos boleh menghasilkan animasi berdimensi melalui kecerdasan buatan. Google secara tidak langsung menghasilkan imej ketiga atau beberapa imej lain yang dijana seakan magis.

image is not available

Jika anda kerap menggunakan Google Photos, anda akan sedar yang aplikasi ini turut mempunyai ciri memaparkan kenangan manis anda – Memories. Google Photos akan mencari gambar daripada tahun lepas, yang terkini, perbandingan, saat indah atau aktiviti menarik. Terkini, jika Google Photos mengesan ada tiga imej atau lebih yang mengandungi elemen yang lebih kurang sama – ia akan disertakan dalam Memories.

Setiap kenangan ini akan dipaparkan dalam paparan grid baharu, termasuk dengan imej terbaik atau memori terbaik bulanan.

image is not available

Walaupun begitu, tidak semua kenangan itu manis – kata Google. Jika pengguna baru sahaja putus cinta, alami saat yang duka, sakit dan lain-lain yang anda tidak ingin ingat – Google Photos membenarkan pengguna untuk padam memori tersebut.

Pengguna juga akan mempunyai lebih kawalan untuk memori atau imej apa yang ingin dipaparkan pada paparan grid baharu ini.

Menurut Google, ia sudah pun mula diedarkan secara berperingkat bermula hari ini. Anda boleh kemaskini aplikasi Google Photos atau jika ia diedarkan melalui dari bahagian pelayan – anda akan lihat ia terus muncul dan sedia digunakan.