Cip Qualcomm Snapdragon 7c Gen 2 Diumumkan Untuk Komputer Riba Windows 10 dan Chrome OS

TechnologyDigital
25 May 2021 • 9:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm telah melancarkan cip terkini Qualcomm Snapdragon 7c Gen 2 yang akan digunakan pada komputer riba Windows 10 dan Chrome OS. Cip berasaskan ARM ini a dilengkapi CPU lapan teras Kryo 468 pada kelajuan 2.55 Ghz, GPU Adreno 618 dan modem X15 LTE terbina untuk sambungan selular sepanjang masa. Teknologi 8nm digunakan dalam penghasilan pemproses ini. Walaupun hanya menyokong capaian 4G LTE, ia masih boleh menikmati Internet pantas menerusi sokongan WiFi 6 dan tambahan bluetooth 5.1.

image is not available

Di atas kertas tiada perubahan mendadak dilakukan berbanding Snapdragon 7c kerana sekadar kelajuan teras ditingkatkan dari 2.45 GHz dengan ciri lain masih lagi sama. Ini adalah kerana Snapdragn 7c Gen 2 dihasilkan untuk komputer riba kelas permulaan mampu milik.

Kelebihan Snapdragon 7c Gen 2 terletak pada kemampuan memproses, sokongan LTE , hayat bateri yang lebih panjang berbanding cip pesaing, sokongan kecerdasan buatan dan ISP untuk memproses imej dalam satu cip. Ia tidak dilihat sebagai pesaing kepada cip Apple M1 walaupun kedua-duanya adalah berasaskan ARM. Lenovo akan menjadi pengeluar pertama menawarkan peranti dengan Snapdragon 7c Gen2 menjelang penghujung 2021.